Monday, August 24, 2009

PUDING ROTI AMARA



BAHAN-BAHAN:

10 keping roti Gardenia
1 liter susu segar UHT
2 biji telur
200 gm gula
1 sudu teh esen vanila
1/2 sudu teh serbuk kayu manis
100 gm mentega

CARA MEMASAK:

1. Susun roti secara lapis silang di dalam acuan yang sudah disapu minyak.
2. Pukul semua bahan-bahan lain sehingga sebati. Tuangkan bancuhan ke atas roti yang disusun tadi.
3. Tekan lapisan roti supaya ia menyerap bancuhan adunan dengan sekata.
4. Bakar di dalam ketuhar pada suhu 180 darjah selama 45 minit.

Selamat mencuba!

Sunday, August 23, 2009

cucur ikan bilis selancar dan sambal tumis ikan bilis




CUCUR IKAN BILIS SELANCAR

BAHAN-BAHAN:

500 GM tepung gandum
2 labu bawang merah(dihiris halus)
1 labu bawang besar(dihiris halus)
100 gm ikan bilis(ditumbuk halus)
50 gm ikan bilis
Segenggam taugeh
6 helai daun bawang
2 biji telur
Garam secukup rasa
Air suam

Cara Memasak:

1. Masukkan kesemua bahan-bahan di dalam satu bekas
2. Kemudian bancuh dengan air suam tapi jangan terlalu cair.
3. Panaskan kuali dan goreng sehingga masak.


SAMBAL TUMIS IKAN BILIS

BAHAN-BAHANNYA:

200 gm ikan bilis (ditumbuk halus)
50 gm ikan bilis (ditumbuk kasar)
1 hiris asam keping
4 ulas bawang putih(dikisar)
2 ulas bawang merah (dikisar)
1 labu bawang besar (dihiris)
2 cm belacan (digoreng tanpa minyak)
2 sudu makan cili boh
Sedikit minyak untuk menumis
1 sudu gula
Garam secukup rasa

Cara Memasak:

1. Tumis bawang besar, bawang merah dan bawang putih hingga garing.
2. Masukkan ikan bilis yang telah ditumbuk halus dan kasar tadi. Biarkan seketika, kemudian masukkan cili boh, belacan, asam keping, garam dan gula.
3. Biarkan mendidih dan kacau selama 10 minit. Bila dah agak pekat, padamkan api dan sedia untuk dihidang bersama cucur ikan bilis selancar.

Selamat Berbuka!

Apam Balik

BAHAN-BAHAN A:

500 gm tepung gandum
125 gm gula kastor
375 ml air
1 biji telur
1 sudu teh pewarna kuning
1/2 sudu teh soda bikarbonat
1/2 sudu teh serbuk penaik

BAHAN-BAHAN B:

150 gm kacang tanah
150 gm krim jagung
150 gm gula pasir
Mentega secukupnya


CARA MEMASAK:

1. Pukul gula bersama telur hingga kembang.
2. Masukkan soda, air, serbuk penaik dan pewarna kuning. Sebaiknya kacaunya dengan
pengadun elektrik hingga sebati.
3. Masukkan tepung dan kacau lagi supaya tidak bergentel.
4. Ambil satu senduk dan tuangkan ke dalam kuali, kemudian nipiskan. Tutup kuali
untuk seketika.
5. Apabila setengah masak, angkat tutup kuali dan taburkan bahan B dan masak hingga
kekuningan. Habiskan kesemua adunan tadi.

Selamat mencuba!

PENGENALAN

ASSALAMUALAIKUM....
Kepada semua warga Malaysia yang beragama Islam. Selamat menyambut Ramadhan yang mulia. Harapan saya agar blog ini mendapat tempat di hati masyarakat Malaysia yang ingin berkongsi maklumat, ide, cadangan dan lain-lain yang berkaitan dengan forum ini. Agar dengan hati yang ikhlas, sumbangan dan ide-ide kita mendapat manfaat untuk semua pembaca dan mendapat rahmat dari Allah s.w.t.
Kepada pembaca sekelian, di bulan yang mulia ini marilah sama-sama kita bermurah hati berkongsi resepi-resepi agar ramai yang dapat mempelajari dan menikmati keenakan resepi kita. Setiap perbuatan kita yang ikhlas, Allah akan bagi ganjaran. Ingatlah kawan-kawan, bayangkan resepi yang anda bagi di dalam forum ini, ramai yang mencuba dan memuji, itu suatu rahmat. Pahala orang yang memberi itu lebih baik dari yang menerima. Marilah kita rebut peluang yang ada di bulan Ramadhan ini, kerana pahalanya berlipat kali ganda. Tepuk dada tanya iman.
Selamat menyambut Ramadhan Al Mubarak

UNTUK MENDAPATKAN RESEPI-RESEPI PILIHAN YANG MENARIK, KUNJUNGI:

resepi melayu

ikhlas: nua